COBAAN

Cubaan 1,2

ehem

sudah lama aku tak memblog (bajet blogger handalan la tuh, puih). Banyak kekangan buatkan aku malas nak blog, antaranya sebab aku tak ada idea. Kebanyakan blog post aku pon acah-acah aje.

BTW( by the way ,dengan izin ) sekarang ini pun zaman orang PLOG ( singkatan photolog ) sebab lagi senang. Bila-bila boleh post tak payah nak taip apa-apa cerita sangat. Buat benda bodoh pun orang LICK. Insyallah lain kali aku nak hujah sikit pasal PLOG nih.
....
Hari ni, semalam, minggu lepas dan sebelumnya aku serabut. Dan aku ramal keserabutan aku akan sentiasa serabut kalau tak buat sesuatu. Secara ringkas perkara yang buat aku serabut ialah bilik sepah, buku sepah, exam tak study lagi, kereta tak repair, depan rumah tak kemas, bahan mengajar kurang persediaan dan fizikal makin membadak.

Bila kaji semula dan mendapati masalahnya aku. Aku masih duduk dalam kepompong dibawah tempurung. Bukan selesa tetapi takut untuk keluar dari kepompong itu takutkan angin yang ganas menjatuhkan aku. Maka aku selesakan diri dalam kepompong itu walau tahu aku pasti mati jika masih tak terbang.

Ya,     aku nak terbang. Aku sering melihat mereka terbang bebas mengharungi angin dan cuaca ganas itu. Tapi aku teringat kata-kata sial "kau mampu ke harungi?" maka aku jadi takut.

Bodohkan. Oleh itu aku, aku mesti bertekad dan mulakan perancangan sekarang. Aku mahu KELUAR!!! TERBANG!!! IM A PEACOCK, YOU GOTTA LET ME FLYY!!!

Lemah? Ya aku lemah. Oleh itu aku perlukan kata-kata semangat bagi menguatkan aku. Aku mahu kembali menjadi Beluncas yang berani,rajin dan bersungguh mencari daun walau lambat dan berisiko dibunuh pemangsa.

KUATKAN DIRI , AKU TAHU KAU BOLEH , AKU AKAN SENTIASA MENYOKONG BELAKANG KAU. MOGA SUKSES!

G A Z A


Gaza diperkosa
Dirabak maruah di Palestina
Dihina diseksa, dirobek dibunuh
Angkara celaka zionis pembunuh

Dah sekian lama Zionis mengganas
Nyawa dan harta mereka rampas
Dibunuh budak tanpa belas
Perempuan habis diramas-ramas

Berak, kencing kena bom
Main, tidur kena bom
Tak buat apa juga di bom
Hari-hari hidup berkabung

The 5th Wave 2016


Baru berapa hari lepas aku tiba kat Penang. Dah lama tak singgah sini, dan oleh kerana nak kena tinggal lama aku ada rasa macam homesick sikit. Nasib baik adik aku masih belajar kat sini amik Master Biology, boleh lah teman dan layan kebosanan aku kat Penang.





 Tak tau nak buat apa, pagi lepas saja aku dah tiba aku setelkan dulu apa yang patut baru aku amik adik aku kat lab then pergilah Queensbay Mall. Plan nak layan wayang tapi tak tau cerita apa yang ada, belasah jelah filem Hollywood, The 5th Wave.

 Aku tak peduli review kata sedap atau basi, asal aku boleh relate dengan life dan buat teladan. Filem ni taklah teruk or bagus sangat, tapi acah-acah best jelah.


 Sekilas tonton filem ni pasal makhluk asing yang ada super power tahap dewa sampai boleh

Melayu kini

Kau agongkan melayu dengan mempamerkan sifat amuk
Bukankah melayu itu penuh kesantunan
Penuh kiasan, sabar dan kasih
Maka melayu apa  kau bawa?
Manakan tidak melayu kian `melayu'

Bayang

Semua nak menang
Semua nak senang
Semua nak tenang
Semua nak sayang
Tapi semua nak berang
Semua buat bangang
Semua pentingkan wang
Semua nak gebang
Tinggal sang Penyayang
Tinggal yang tersayang
Benci sama orang
Cinta barangbarang
Masa yang panjang
Pasti akan hilang
Tinggal seorang
Apa yang dipegang